Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri SPSS 1447H / 2026M

Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri SPSS 1447H / 2026M

Sambutan • 10 April 2026 • Tarindak D’Seni

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April 2026 – Dalam suasana Syawal yang penuh kegembiraan, Setia Protective Security Services (SPSS) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Tarindak D’Seni.

Majlis yang penuh bermakna ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu khas:

  • Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu, Pengerusi Lembaga Pengarah SPSS Sdn Bhd.
  • Yang Mulia Hajah Badariah binti Haji Yahya, Setiausaha Korporat Lembaga Pengarah SPSS Sdn Bhd.
  • Lt Kol (B) Iskandar bin Dato Paduka Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif SPSS Sdn Bhd.

Turut hadir menyerikan majlis ialah barisan pihak pengurusan, pegawai-pegawai, serta warga kerja SPSS dari pelbagai unit dan bahagian.

Mempererat Silaturahim dan Semangat Kebersamaan

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkahan dan kesejahteraan buat seluruh warga SPSS.

Acara ramah mesra ini dianjurkan sebagai platform tahunan untuk mengeratkan tali silaturahim, memupuk semangat muhibah, serta memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja selepas sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Selain nikmat beramah mesra, para tetamu dan warga kerja turut dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional Hari Raya yang menceriakan suasana. Majlis juga diserikan dengan sesi fotografi kenangan bersama tetamu-tetamu khas dan barisan pengurusan.

Majlis diakhiri dengan suasana penuh kehangatan dan kemeriahan, mencerminkan perpaduan dan komitmen wawasan SPSS untuk terus maju bersama sebagai satu keluarga besar. Pihak pengurusan SPSS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga kerja dan pihak pemangku kepentingan.


Popular posts from this blog

Peluang Pekerjaan

Pengenalan SPSS

Aktiviti semasa, Keagamaan dan Sukan