Peluang Pekerjaan
❮ Kembali ke Laman Utama Bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya sebagai pengawal keselamatan, mereka perlu bersedia dari segi fizikal & mental untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya beruniform dan berpasukan. Oleh itu, bagi melengkapkan seorang individu itu sebagai seorang pengawal keselamatan yang berintegriti, mereka perlu menjalani kursus asas pengawal keselamatan selama empat (4) minggu di Unit Latihan syarikat SPSS Sdn Bhd. Tawaran jawatan kosong akan ditawarkan melalui laman sesawang JobCentre Brunei di www.jobcentrebrunei.gov.bn dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Proses Pengambilan Pengawal Keselamatan Proses pengambilan Pengawal Keselamatan hendaklah melalui proses seperti berikut: Lulus Body Mass Index (BMI) Lulus Ujian Ketahanan Jasmani Lulus Ujian Bertulis ...