Peluang Pekerjaan
Bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya sebagai pengawal keselamatan mereka perlu bersedia dari segi fizikal & mental untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya beruniform dan berpasukan. Oleh itu, bagi melengkapkan seorang individu itu sebagai seorang pengawal keselamatan yang berintegriti, mereka perlu menjalani kursus asas pengawal keselamatan selama empat (4) minggu di Unit Latihan syarikat SPSS Sdn Bhd.
Tawaran jawatan kosong akan ditawarkan melalui laman sesawang JobCentre Brunei di www.jobcentrebrunei.gov.bn dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Proses pengambilan Pengawal Keselamatan hendaklah melalui proses seperti berikut:
Lulus Body Mass Index(BMI)
Lulus Ujian Ketahanan Jasmani
Lulus Ujian Bertulis
Lulus Ujian Temuduga
Lulus Tapisan Keselamatan
- Lulus Pemeriksaan Kesihatan
Bagi mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya sebagai Pengawal Keselamatan hendaklah mengikuti syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
Syarat kemasukan Pengawal Keselamatan Lelaki (PKL):
- Umur: 21-45 tahun.
- Kelulusan minima Penilaian Menengah Bawah Tahun 9.
- Lepasan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Polis Diraja Brunei adalah satu kelebihan.
- Ketinggian minima 5' 6" (170cm).
- Berat badan 65.5-80kg.
- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
- Semua pemohon hendaklah bersih dari sebarang rekod jenayah.
- Mempunyai lesen memandu kelas 3 manakala kelas 1 adalah satu kelebihan.
- Mempunyai perwatakan dan jati diri yang bersesuaian.
- Lulus tapisan keselamatan.
Syarat kemasukan Pengawal Keselamatan Wanita (PKW):
- Umur: 21-35 tahun.
- Kelulusan minima Penilaian Menengah Bawah Tahun 9.
- Lepasan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Polis Diraja Brunei adalah satu kelebihan.
- Ketinggian minima 5' 3" (161cm).
- Berat badan 58.5-71.5kg.
- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
- Semua pemohon hendaklah bersih dari sebarang rekod jenayah.
- Mempunyai lesen memandu kelas 3 manakala kelas 1 adalah satu kelebihan.
- Mempunyai perwatakan dan jati diri yang bersesuaian.
- Lulus tapisan keselamatan.
Para pemohon yang berjaya melalui proses pengambilan akan menjalani Kursus Asas Pengawal Keselamatan di Unit Latihan selama empat (4) minggu. Antara mata pelajaran yang diajarkan adalah seperti latihan kawad, control and restraint, latihan kawalan, tatacara membuat laporan, penggunaan alat radio perhubungan, pertolongan cemas (First Aid), latihan jasmani, latihan mencegah kebakaran dan sebagainya.
Di dalam bidang akademik pula, para pelatih Kursus Asas Pengawal Keselamatan didedahkan dengan modul seperti mempelajari pengetahuan am, keselamatan, tatatertib, pendidikan Islam, pendidikan moral dan etika sebagai Pengawal Keselamatan.
Sepanjang tempoh latihan, para pelatih sentiasa perlu menanamkan semangat juang yang kental, semangat setiakawan, jati diri, ketahanan fizikal dan mental serta patuh kepada setiap arahan yang diberikan. Di samping itu, para Pelatih juga sentiasa dilatih untuk memperbaiki diri untuk maju, berdaya saing, berakhlak mulia dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang keselamatan.
Pada lazimnya, Unit Latihan akan mengadakan acara perbarisan sempena Tamat Latihan Kursus Asas bagi Pengawal Keselamatan Lelaki dan Wanita yang berjaya menamatkan kursus.