2025 Kejohanan dan Pencapaian Terbaru Pasukan SPSS Tuggers Bagi Tahun 2025 Pasukan SPSS Tuggers telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dalam beberapa kejohanan tarik kalat yang berlangsung baru-baru ini. Berikut adalah ringkasan pencapaian pasukan SPSS Tuggers. 1. Limbang Open International Tug of War 2025 Piala YAB Premier Sarawak Pada 20hb hingga 23hb November 2025, pasukan SPSS Tuggers menyertai Limbang Open International Tug of War. Dalam kategori 720Kg, pasukan SPSS Tuggers hanya berjaya menempatkan diri di dalam kelompok Top 16, mempamerkan semangat dan ketahanan yang luar biasa. Pasukan menerima hadiah sebanyak RM1000.00 sebagai pengiktirafan atas pencapaian tersebut. Selain itu, dalam kategori U23, pasukan ini juga berjuang dengan penuh dedikasi dengan mendapat peringkat berkumpulan. 2. Perlawanan Tarik Kalat Sempena Program Kemasyarakatan Daerah Brunei dan Muara Anjuran Jabatan Penjara Tahun 2025M Di dalam kejoh...