Carta Organisasi SPSS


Pejabat Pentadbiran dan Kewangan

Diketuai oleh Pengurus Pentadbiran dan Kewangan (PPK) untuk mentadbir Pejabat Pentadbiran dan Kewangan serta Unit Logistik dan Kenderaan & Mekanik. PPK dibantu oleh Pegawai Pentadbir (PP) bagi mengawasi tugas-tugas harian pentadbiran.

Unit Logistik

Bertanggungjawab:

  • Membekalkan pakaian seragam dan alat-alat kelengkapan pakaian seragam.
  • Membekalkan alat-alat perabot dan peralatan pakai habis untuk pejabat serta unit.
  • Pemeliharaan dan penyelenggaraan bangunan.

Unit Kenderaan & Mekanik

Bertanggungjawab:
  • Bagi pemeliharaan dan penyelenggaraan semua kenderaan milik syarikat.

Pejabat Operasi

Diketuai oleh Pengurus Keselamatan dan mentadbir lima (5) kompeni serta Unit Keselamatan & Siasatan, Unit Latihan dan Unit Perhubungan & IT. 
 




Kompeni A 

Mempunyai kekuatan keanggotaan seramai 296 dari 20 buah pepasangan yang merangkumi kawalan khususnya di kawasan Bandar Seri Begawan. Diketuai oleh satu (01) Pegawai Keselamatan (SO) dan dibantu oleh satu (01) Inspektor Keselamatan Kanan (SSI) serta empat (04) Inspektor Keselamatan (SI).




Kompeni B

Mempunyai kekuatan keanggotaan seramai 238 dari 24 buah pepasangan yang merangkumi kawalan di Daerah Tutong dan Kuala Belait. Diketuai oleh satu (01) Pegawai Keselamatan (SO) dan dibantu oleh satu (01) Inspektor Keselamatan Kanan (SSI) serta empat (04) Inspektor Keselamatan (SI).


Kompeni C

Mempunyai kekuatan keanggotaan seramai 285 dari 18 buah pepasangan yang merangkumi kawalan di Daerah Brunei & Muara khususnya di kawasan Rimba hingga sempadan Kuala Lurah. Diketuai oleh satu (01) Pegawai Keselamatan (SO) dan dibantu oleh satu (01) Inspektor Keselamatan Kanan (SSI) serta empat (04) Inspektor Keselamatan (SI).

Kompeni D

Mempunyai kekuatan keanggotaan seramai 281 dari 27 buah pepasangan yang merangkumi kawalan di Daerah Brunei & Muara khususnya bangunan-bangunan Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan. Diketuai oleh satu (01) Pegawai Keselamatan (SO) dan dibantu oleh satu (01) Inspektor Keselamatan Kanan (SSI) serta empat (04) Inspektor Keselamatan (SI).

Kompeni E

Mempunyai kekuatan keanggotaan seramai 315 dari 31 buah pepasangan yang merangkumi kawalan di Daerah Brunei & Muara dan Temburong. Diketuai oleh satu (01) Pegawai Keselamatan (SO) dan dibantu oleh satu (01) Inspektor Keselamatan Kanan (SSI) serta empat (04) Inspektor Keselamatan (SI).
 
 

Unit Keselamatan & Siasatan

Bertanggungjawab:
  • Menjalankan siasatan ke atas anggota-anggota yang melakukan kesalahan tatatertib.
  • Menguruskan Pas-pas Keselamatan SPSS.

Unit Latihan

Bertanggungjawab:
  • Melatih anggota-anggota baharu (rekrut).
  • Mengendalikan kursus ulangkaji bagi semua peringkat anggota SPSS.
  • Menguruskan kursus-kursus dari dalam dan luar negeri. 
  • Mengendalikan aktiviti-aktiviti sukan seperti Ujian Ketahanan Jasmani (UKJ) dan sukan petang

Unit Perhubungan & IT

Bertanggungjawab:
  • Pemeliharaan dan penyelenggaraan alat-alat IT dan perhubungan syarikat.
  • Sebagai operator.



Unit Perkembangan Perniagaan

Bertanggungjawab:
  • Menguruskan segala hal ehwal Kontrak Perkhidmatan bersama pelanggan.
  • Memberi panduan dan nasihat kepada pihak pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan.





Popular posts from this blog

Peluang Pekerjaan

Pengenalan SPSS