Badan Kebajikan Agama dan Sukan SPSS

Badan Kebajikan Agama dan Sukan (BKAS)

Badan BKAS adalah sebuah badan kebajikan SPSS yang ahlinya terdiri daripada semua peringkat ahli SPSS termasuk anggota yang tidak memakai pakaian seragam dan Badan ini telahpun diluluskan oleh Polis Diraja Brunei bahagian Registry of Society (ROS).

Tujuan badan ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk keharmonian dikalangan ahli Syarikat, menggalakkan ahlinya bergiat dalam hal-hal pelajaran agama, sosial, kebudayaan, sukan dan lain-lain serta memberikan bantuan suka duka kepada ahli-ahli mengikut perlembagaan dan menyediakan peruntukan bagi kegiatan kebajikan, keagamaan dan sukan.

Setiap anggota SPSS akan dikenakan bayaran yuran tahunan dan dipotong secara potongan gaji dan anggota yang ditamatkan / menamatkan perkhidmatan akan dikeluarkan dari keahlian secara automatik serta tidak lagi berhak menerima apa-apa bantuan dari badan ini.

Penaung Badan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPSS Sdn Bhd, manakala ahli jawatankuasa BKAS adalah seperti carta organisasi yang tertera dan tempoh ahli jawatankuasa ini memegang jawatan selama 2 tahun sahaja.




BKAS juga menyediakan beberapa barangan merchandise untuk dijual dan untuk keterangan lanjut sila berhubung terus ke Ibu Pejabat SPSS.

Di antara barang-barang yang dijual adalah seperti berikut;



Mesyuarat Agong Tahunan BKAS atau Annual General Meeting (AGM) akan diadakan pada setiap penghujung tahun dan dihadiri oleh wakil-wakil kompeni dan unit yang terdiri daripada Pegawai-pegawai, Ketua Pengawal Kanan dan Ketua Pengawal.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKAS BAGI TAHUN 2022

Hari Jumaat 9hb Disember 2022 Mesyuarat Agung Tahunan BKAS atau Annual General Meeting (AGM) 2022 telah diadakan bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Lt Kol (B) Iskandar bin DP Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif SPSS. 












Popular posts from this blog

Peluang Pekerjaan

Pengenalan SPSS

Carta Organisasi SPSS