Badan Kebajikan Agama dan Sukan SPSS
Badan Kebajikan Agama dan Sukan (BKAS) Badan BKAS adalah sebuah badan kebajikan SPSS yang ahlinya terdiri daripada semua peringkat ahli SPSS termasuk anggota yang tidak memakai pakaian seragam dan Badan ini telahpun diluluskan oleh Polis Diraja Brunei bahagian Registry of Society (ROS). Tujuan badan ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk keharmonian dikalangan ahli Syarikat, menggalakkan ahlinya bergiat dalam hal-hal pelajaran agama, sosial, kebudayaan, sukan dan lain-lain serta memberikan bantuan suka duka kepada ahli-ahli mengikut perlembagaan dan menyediakan peruntukan bagi kegiatan kebajikan, keagamaan dan sukan. Setiap anggota SPSS akan dikenakan bayaran yuran tahunan dan dipotong secara potongan gaji dan anggota yang ditamatkan / menamatkan perkhidmatan akan dikeluarkan dari keahlian secara automatik serta tidak lagi berhak menerima apa-apa bantuan dari badan ini. Penaung Badan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPSS Sdn...