Posts

Aktiviti semasa, Kursus-kursus, Keagamaan dan Sukan

Image
2025 Setia Protective Security Services Anjur Majlis Nuzul Al-Quran, Perkukuh Ukhuwah dan Penghayatan Al-Quran Pada 19 Mac 2025, Setia Protective Security Services telah menganjurkan ceramah sempena Majlis Nuzul Al-Quran bagi memperingati peristiwa bersejarah penurunan Al-Quran. Majlis penuh keberkatan ini dihadiri oleh Pmk. Sm, SO, pegawai, serta anggota SPSS dalam suasana yang sarat dengan keinsafan dan penghayatan. Majlis turut diserikan dengan bacaan Al-Quran dan doa yang dibacakan oleh 3972 PK Md Khairul Adlan Bin Md Arif, bertujuan meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap kitab suci Al-quran. Ceramah bertajuk "Ihya Ramadan dengan Al-Quran" telah disampaikan oleh Ustaz Hj Awg Muhammad Najib Bin Hj Awang, memberi penekanan terhadap kepentingan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menerapkan nilai-nilai keagamaan, memperkukuh ukhuwah, serta membudayakan persekitaran kerja yang berteraskan integriti dan kebers...